PIAGAM

1.Memastikan setiap pelajar dapat peluang meminjam dan membuat rujukan di PSS dengan selesa dan sama rata.

2.Membina semangat kerja berpasukan di kalangan ahli jawatankuasa dan pengawas PSS bagi melancarkan perjalanan urusan.

3. Sentiasa memberi layanan yang mesra kepada setiap penggunaan tanpa mengira status.

4. Sedia menerima segala teguran dan cadangan untuk mempertingkatkan mutu pengurusan.

MATLAMAT

Pusat sumber berfungsi untuk melaksanakan objektif sekolah melalui program yang berasaskan media dan juga teknologi pendidikan. Pusat sumber bermatlamat mencapai :

1. Peningkatan mutu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat berjalan dengan lebih lancar dan bermalaia dengan terwujudnya bahan-bahan rujukan yang bermutu yang dapat diperolehi melalui pusat sumber .

2. Pengurusan pinjaman bahan iaitu buku dan juga bukan buku kepada pelajar dan juga kakitangan sekolah.

OBJEKTIF

1. Meningkatkan mutu pengajaran - pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah .

2. Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja.

3. Memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematis.

4. Membantu pelajar dan guru menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran-pembelajaran

5. Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar-pelajar

6. Melatih pelajar mengguna kemahiran maklumat dalam proses

pembelajaran.