KONSEP

PENGENALAN

Pusat sumber sekolah (PSS) merupakan pusat menyimpan dan memberi perkhidmatan tentang pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran. PSS juga merupakan sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik.

Di samping itu, PSS juga menyediakan maklumat, perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran-pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan

ke arah

pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat. Sehubungan itu, PSS Sekolah Tinggi Muar kian giat diusahakan agar ia menjadi sebuah tempat yang dapat memudahkan pengurusan dan penggunaan pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran.


KONSEP PUSAT SUMBER SEKOLAH

Bangunan utama Pusat Sumber Sekolah (PSS) Sekolah Tinggi Muar terletak di paras tiga blok Gemilang (G). Bagaimanapun, berasaskan konsep yang digunapakai di sekolah ini, iaitu pelbagai sumber maklumat dan pengetahuan boleh didapati di keseluruhan kawasan dan bangunan-bangunan sekolah ini, maka lahirlah 33 komponen pusat sumber yang menyokong pengurusan PSS sekolah ini seperti berikut:

PSS1 : Perpustakaan
PSS2 : Cyber Library
PSS3 : NILAM
PSS4 : Bilik PAK/SAL
PSS5 : Bilik Tayang & Sistem P.A.
PSS6 : Bilik Gerakan
PSS7 : Dewan Seminar
PSS8 : Bilik PPSMI / Makmal Sains Bestari
PSS9 : Bilik Komputer
PSS10 : Bilik Guru
PSS11 : Naskah Guru dan Koleksi Rujukan Guru
PSS12 : Bilik Urusetia Peperiksaan
PSS13 : Muzium Sekolah Tinggi Muar
PSS14 : Pusat e-Info
PSS15 : Bilik Pendidikan Khas
PSS16 : Rujukan Kantin
PSS17 : Laluan Merdeka
PSS18 : Creating English Envorinment (CEE)

PSS19 : Balai Bacaan
PSS20 : Surau Sekolah
PSS21 : Smart Classrooms
PSS22 : Dewan Besar
PSS23 : Bilik Seni Visual
PSS24 : Taman-Taman Keceriaan
PSS25 : Bengkel Kemahiran Hidup
PSS26 : Laluan Gemilang
PSS27 : Website Sekolah
PSS28 : Bilik Old Boys’ Association (OBA)
PSS29 : Bilik Kaunseling
PSS30 : Bilik Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
PSS31 : Smart Restrooms
PSS32 : Pejabat
PSS33 : Bilik Bahan Bantu Mengajar (BBM)